Saturday 21 November 2015

PENGENALAN




PRODUK KELUARAN RAMLY BURGER
Ramly Burger merupakan satu nama begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia. Ramly Burger ini merupakan hasil produk bumiputera milik Dato’ Haji Ramly Bin Mokni. Diasaskanpada tahun 1979, idea ini tercetus daripada hasrat yang murni untuk mengeluarkan produk yang halal dan bersih. Ianya telah menjadi salah satu daripada makanan segera yang terkenal di Malaysia. Ramly Burger  ini begitu mudah untuk didapati. Ianya boleh didapati di gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Ramly Burger ini berjaya menembusi pasaran di Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan masyarakat Singapura.

Produk-produk Ramly Burger dihasilkan oleh Ramly Food Processing. Ramly Food Processing ini adalah industri bumiputera yang terkenal di dalam penghasilan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasil laut. Antara produk Ramly Burger ialah burger, nuget, sosej dan jejari.


PRODUK KELUARAN RAMLY BURGER
Kini, industri ini mempunyai dua buah kilang pemprosesan produk mereka yang terletak di kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dah Taman Perindustrian IKS, Kuala Lumpur. Syarikat ini menawarkan peluang pekerjaan daripada bahagian pengurusan, bahagian pengeluaran sehingga ke bahagian pemasaran. Produk syarikat ini begitu terkenal di Malaysia dan akan ke peringkat antarabangsa.

BIBIOGRAFI


Dato' Haji Ramly Bin Mokni
Nama: Dato’ Haji Ramly bin Mokni
Tempat Lahir: Sekinchan, Selangor
Status: Sudah berkahwin
       Ø  Puan Hajjah Shala Siah bt Abdul Manap (Isteri)
       Ø  Siti Hazirah bt Ramly (Anak)
       Ø  Zura Shedy bt Ramly (Anak)
       Ø  Hayu Hafiiz bt Ramly (Anak)

Pencapaian: Banyak kali memenangi Anugerah Usahawan Terbaik Malaysia


Perniagaan: Mempunya dua buah kilang 

ABSTRAK

Pada awalnya, Dato’ Haji Ramly bin Mokni bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasaraya di Kuala Lumpur (Kirksidbiz, 2010). Pada ketika itu, kebanyakkan makanan sejuk beku sukar untuk dipastikan status halal haramnya. Melihat kepada keadaan tersebut, beliau mendapat idea untuk menghasilkan makanan sejuk beku yang halal untuk memenuhi permintaan masyarakat islam di Malaysia. Beliau seorang yang berpandangan jauh dan tidak mudah berputus asa walaupun ideanya diperlekehkan oleh sesetengah pihak dan pihak bank sukar untuk memberi pinjaman kerana tidak yakin akan produk beliau. Namun begitu, sokongan daripadan keluarga terutama iister beliau cukup memberi semangat kepada beliau untuk meneruskan idea ini.

Walaupun berdepan banyak cabaran dan halangan, beliau tetap fokus kepada perniagaannya sehingga berjaya mengembangkan perniagaannya daripadan mengeluarkan 300 keping daging burger sehari kepada 30 tan daging sehari. Antara produknya ialah daging burger ayam dan daging, nugget jejari, sosej dan banyak lagi. Produk Ramly masih menjadi produk terlaris dengan sumbangan sebanyak 50% kepada perniagaannya.

Bermula dengan pengeluaran secara kecil-kecilan, kini haji Ramly berjaya mengembangkan perniagaannya ke tahap komersial. Syarikatnya, Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikatnya iaitu Ramly Food Processing Sdn. Bhd, Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd, Ramly Supermarket Sdn. Bhd, dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd telah diberikan pengiktirafan sebanyak tga kali oleh Bank Pembangunan diatas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh mereka (Arkib Utusan Malaya, 2010). Pada tahun 2008 pula, Ramly Food Processing Sdn. Bhd telah mengambil satu keputusan besar dengan membuat pelaburan sebanyak RM15 juta bagi tujuan pembesaran kilangnya yang terletak di Taman Perindustrian IKS, Batu Cave, Kuala Lumpur. Melalui pembesaran ini dan penggunaan teknologi yang lebih maju, kilang ini dapat meningkatkan penghasilannya sehingga tiga kali ganda dengan kualiti yang sama standard.

CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

NILAI PROAKTIF

Usahawan perlulah bersikap proaktif dalam mencari dan menggunakan maklumbalas yang diperoleh sebagai satu untuk membaiki prestasi mereka (Wikipedia, 2010). Hasil dari maklumbalas yang diterima, usahawan boleh mengetahui kesilapan yang telah dilakukan dan turut juga mengetahui kehendak pengguna yang sebenar. Sebagai contohnya, pengasas Ramly Burger Dato’ Haji Ramly Bin Mokni telah memperkembangkan perniagaan ini dengan kehendak pengguna yang sebenar. Produk-produk Ramly seperti daging burger dan sosej ditanggung halal 100% untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Makmal mikrobiologi Ramly telah ditubuhkan bagi memastikan produk adalah suci dan selamat untuk dimakan pengguna. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang proaktif dalam memenuhi kehendak pelanggan.

Tambahan pula, seorang usahawan mestilah bersikap proaktif dalam merebut peluang perniagaan untuk memajukan perniagaan yang sedia ada. Usahawan perlu pandai menganalisis, merumus dan mengambil tindakan terhadap peluang yang ada kerana tidak akan melepaskan peluang yang boleh membawa keuntungan kepada organisasi. Usahawan yang mempunyai ciri ini dikatakan seorang yang unik kerana mereka mampu melihat masa depan yang lebih jauh daripada orang ramai terhadap peluang yang bakal diambilnya. Contoh usahawan Malaysia yang merebut peluang ialah Dato’ Haji Ramly Bin Mokni yang dapat merebut peluang dalam industri makanan. Beliau bermula perniagaan dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, Haji Ramli kini telah berjaya memperkembangkan perniagaannya ke tahap komersial.  Syarikat induknya iaitu Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikatnya iaitu Ramly Food Processing Sdn.Bhd, Ramly supermarket Sdn.Bhd, dan Ramly Mokni Bakeri Sdn.Bhd. Pada tahun 2008 pula, Ramly Food Processing Sdn.Bhd telah mengambil satu keputusan besar dengan membuat pelaburan menjangkau RM 15 juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Semua usaha ini menunjukkan Haji Ramly menggunakan segala peluang perniagaan dengan cekap dan pandai.

Usahawan juga harus mempunyai sikap proaktif dalam menyelesaikan masalah yang akan datang. Usahawan mungkin menghadapi sebarang kesulitan, keupayaan dan kesengsaraan terutamanya dari aspek pemasaran, pengeluran, pengurusan pekerja dan pengurusan kewangan. Jadi, usahawan akan menghadapi segala kepayaan dan kesulitan ini dengan tenang tanpa membantutkan usaha mereka untuk terus maju. Sebagai contohnya, isu besar yang dihadapi Haji Ramly adalah satu isu DNA babi di dalam produk Ramly Burger yang heboh diperkatakan pada masa dulu. Namun, perkara ini dapat diselesaikan oleh Haji Ramly dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramly selepas beberapa cabaran. Beliau mendakwa bahawa isu ini adalah satu fitnah untuk mensabotaj syarikatnya. Akhirnya, tindakan Haji Ramly ini menunjukkan beliau memang proaktif dalam menjelaskan masalah.

CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

JARINGAN PERNIAGAAN USAHAWAN BERJAYA RAMLY MOKNI (RAMLY BURGER)

1. JARINGAN PERIBADI



Antara jaringan perniagaan Datuk Ramly ini adalah pihak bank di mana Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah meluluskan sejumlah pinjaman untuk diberikan kepada Datuk Ramly sebagai modal tambahan walaupun Datuk Ramly turut menggunakan wang simpanannya pada awal tempoh perniagaan untuk mengembangkan lagi perusahaannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan lulusnya pinjaman modal tersebut, banyak peningkatan yang telah Datuk Ramly lakukan bagi memastikan produk keluarannya sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat dengan menghasilkan sebuah produk berkualiti lagi halal. Hasil daripada tersebut, kini terdapat pelbagai jenis produk yang dihasilkan oleh syarikat  beliau dan antaranya adalah Burger Ayam, Burger Lembu, Burger Ikan, Burger Udang dan sebagainya lagi (Ramly Food Processing Sdn Bhd,2010). Selain itu, Datuk Ramly juga seorang yang sentiasa bersikap profesional di dalam mengendalikan jaringan perniagaan dari segi hubungan dengan para pelanggan. Beliau sentiasa menerima sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati para pelanggan malah segala rungutan tersebut akan dilayan dengan sebaiknya selain beliau akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa pelanggan tersebut dalam kadar segera untuk mengetahui masalah yang timbul (Kisah Benar Usahawan Burger, 2015). Keadaan ini sememangnya dapat menjamin hubungan yang baik di antara kedua-dua belah pihak.


2. JARINGAN AWAM


Pemilik kepada syarikat ini juga turut mementingkan aspek hubungan jaringan awam bagi syarikat penubuhannya. Syarikat ini telah mewujudkan satu laman web rasmi syarikatnya bagi memaparkan segala maklumat yang berkaitan dengan produknya  untuk kegunaan pihak perantaraan mahupun pihak pengguna itu sendiri. Segala cadangan serta pendapatan boleh terus diberikan kepada syarikat ini melalui alamat yang telah tersedia di laman tersebut. Bagi memantapkan lagi jaringan awam, Produk Ramly juga telah mengambil bahagian di dalam Expo MAHA 2008 di mana di ekspo ini segala maklumat berkaitan dengan produk keluaran beliau ada disediakan. Sebagai seorang usahawan penglibatan mereka di dalam ekspo seperti ini amat di galakan bagi menarik minat pengguna dalam mengenali produk keluaran mereka serta dapat mempelajari sesuatu yang baru khususnya berkaitan dengan cita rasa pengguna.

3. JARINGAN PERNIAGAAN


Antara jaringan perniagaan Datuk Ramly ini adalah pihak bank di mana Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah meluluskan sejumlah pinjaman untuk diberikan kepada Datuk Ramly sebagai modal tambahan walaupun Datuk Ramly turut menggunakan wang simpanannya pada awal tempoh perniagaan untuk mengembangkan lagi perusahaannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan lulusnya pinjaman modal tersebut, banyak peningkatan yang telah Datuk Ramly lakukan bagi memastikan produk keluarannya sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat dengan menghasilkan sebuah produk berkualiti lagi halal. Hasil daripada tersebut, kini terdapat pelbagai jenis produk yang dihasilkan oleh syarikat  beliau dan antaranya adalah Burger Ayam, Burger Lembu, Burger Ikan, Burger Udang dan sebagainya lagi (Ramly Food Processing Sdn Bhd,2010). Selain itu, Datuk Ramly juga seorang yang sentiasa bersikap profesional di dalam mengendalikan jaringan perniagaan dari segi hubungan dengan para pelanggan. Beliau sentiasa menerima sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati para pelanggan malah segala rungutan tersebut akan dilayan dengan sebaiknya selain beliau akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa pelanggan tersebut dalam kadar segera untuk mengetahui masalah yang timbul (Kisah Benar Usahawan Burger, 2015). Keadaan ini sememangnya dapat menjamin hubungan yang baik di antara kedua-dua belah pihak.

CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

BUDAYA TERBUKA

Antara ciri yang terdapat pada Haji Ramli Bin Mokni iaitu pengasas Burger Ramly Mokni Sdn. Bhd. adalah mengamalkan budaya terbuka dalam perniagaanya. Amalan budaya terbuka dapat dilihat sejak apabila Haji Ramli mahu memperkenalkan satu produk berasaskan makanan sejuk beku yang halal. Hal ini kerana pada awal 70 an status makanan halal dan haram tidak dapat dikenal pasti akibat kekurangan teknologi pada masa itu. Perkara tersebut membuatkan beliau berkeinginan untuk menghasilkan produk  tersebut walaupun idea itu mendapat kritikan daripada orang ramai. Pemikiran beliau yang terbuka terhadap kejayaan perniagaan produk itu pada masa hadapan membuatkan beliau meneruskan usaha pembuatan produk sejuk beku itu.

Amalan budaya  terbuka amatlah penting untuk meneruskan kelangsunggan perniagaan di masa hadapan. Perkara ini dapat dilihat apabila Haji Ramli menerima rungutan dan kritikan daripada para pelanggan berkenaan produknya dan seterusnya beliau mencuba untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan menambahbaikan produk yang sedia ada. Melalui hal ini ia akan membuatkan pelanggan merasakan kehendak mereka dipenuhi dan didengari oleh syarikat lalu membuatkan kesetiaan mereka terhadap produk tersebut semakin meningkat. Selain itu, beliau juga akan segera untuk berjumpa dengan pelanggan apabila terdapat rungutan berkenaan produk yang dihasilkan oleh syarikatnya. Haji Ramli juga telah mementingkan penggunaan teknologi dalam penghasilan produk syarikatnya dan perkara tersebut menunjukkan beliau peka terhadap peranan teknologi dalam perniagaan pada zaman moden ini. Hal ini dapat dibuktikan apabila syarikatnya membuat pelaburan menjangkau RM15 juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Pembesaran kilang ini dan penggunaan teknologi yang lebih baik juga dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga 3 kali ganda. Di samping mempertingkatkan pengeluaran dan dalam pada waktu yang sama kualiti produk menjadi keutamaannya.

Penggunaan teknologi mesin dari awal proses hingga akhir dengan tenaga kerja yang berkemahiran dalam pengendalian mesin dijangka mampu memastikan matlamat syarikat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pelaburan yang begitu besar itu amatlah penting untuk kelangsunggan perniagaan pada masa hadapan. Penggunaan teknologi pada masa kini untuk penghasilan produk memperlihatkan beliau mengamalkan budaya terbuka dalam penggunaan teknologi.

Penubuhan jawatankuasa halal dalam organisasi perniagaannya dalam memastikan produk yang dihasilkan halal adalah salah satu daripada budaya terbuka yang diamalkan oleh Haji Ramli dan menunjukkan bahawa beliau seorang yang berpangdangan jauh dalam menjalankan perniagaan. Melalui penubuhan ini ia dapat menafikan sebarang unsur fitnah berkaitan status produk yang dihasilkan oleh syarikat. Perkara tersebut berlaku berikutan sebuah blog yang memaparkan salinan surat dari  Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mendakwa  jabatan berkenaan bagi Daerah Yan telah menemui DNA babi hasil kajian terhadap satu sampel produk Ramly Burger di sana dan hal ini dinafikan oleh Haji Ramli dengan menyatakan mereka menitikberatkan halal haram dan terdapat penubuhan jawatankuasa halal di syarikat tersebut. Selain itu juga Ramly burger telah mengeluarkan pek atau bungkusan baharu untuk yang berbentuk bantal untuk mengekalkan kualiti produk dagingnya. Di samping itu, pek ini dijadikan sebagai salah satu srategi untuk menarik minat pelanggan dengan bungkusan yang menarik dan perkara ini memperlihatkan budaya terbuka dan inovasi telah diamalkan dalam syarikat beliau. 

CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

BERANI MENGAMBIL RISIKO

Satu daripada ciri penting keusahawanan ialah kesanggupan mengambil risiko. Banyak kajian mendapati kecenderungan mengambil risiko adalah sebahagian daripada ciri keperibadian usahawan berjaya. Ini selari hukum pelaburan bahawa paras pulangan berkait rapat dengan tahap risiko. Bagaimanapun, kecenderungan mengambil risiko dalam perniagaan hendaklah secara bijak dan terancang. Keberanian mengambil risiko perlu diimbangi dengan pengetahuan dan kefahaman mengenai cara menilai dan menangani risiko terbab (Mohamad Roslan, 2010).

Usahawan yang berjaya tidak menjerumuskan diri mereka kepada sebarang risiko yang tidak pasti. Oleh itu, seorang usahawan perlulah mengambil kira sebarang risiko yang akan mereka hadapi untuk setiap pilihan yang mereka lakukan. Dengan mengambil kira risiko yang mungkin akan mereka alami, seorang usahawan boleh melakukan sesuatu untuk mengelak dari mengalami risiko tersebut atau setidaknya mengurangkan kesan impak dari risiko tersebut.

Ramai usahawan gagal kerana tidak nampak risiko yang mengancam perniagaan mereka ketika membuat keputusan tertentu. Dalam perniagaan, setiap keputusan pasti membabitkan soal kewangan. Usahawan hendaklah sentiasa ingat matlamat perniagaan adalah untuk meningkat kekayaan dengan menambah nilai kepada modal asal. Ini memerlukan keputusan dan tindakan yang tidak membawa kerugian kewangan kepada perniagaan (Mohamad Roslan, 2010).

Dunia perniagaan sentiasa berdepan dengan ketidaktentuan. Untuk menangani cabaran ketidaktentuan ini, usahawan perlu membina kemampuan menganalisis semua aspek perniagaannya dan menilai risiko yang mungkin dihadapi. Risiko wujud dalam semua aspek perniagaan. Dari sudut perolehan bekalan umpamanya, usahawan kena lihat apakah kesan risiko terputus bekalan atau harga bahan utama naik mendadak atau bekalan tidak diterima dalam tempoh dikehendaki.

Semua aspek lain seperti pengurusan kewangan, pemasaran, pengeluaran, pengurusan sumber manusia semuanya mempunyai risiko masing-masing yang perlu difahami dan dikenal pasti oleh usahawan. Mengetahui tahap dan kesan risiko dapat membantu usahawan memikirkan langkah mengelak atau mengurangkan risiko. Ramai usahawan menanggung padah kerana membuat keputusan perniagaan tanpa menilai kewujudan risiko secukupnya. Sudah banyak berlaku kes usahawan berdepan masalah selepas membuat keputusan pelaburan baru kerana tidak mengkaji dengan terperinci risiko berkaitan keputusan itu.

Sifat berani mengambil risiko ini boleh dilihat melalui usahawan tempatan ini iaitu RamlyMokni nama yang tidak asing lagi dalam industri keusahawanan Malaysia terutamanya industri pemakanan.Anak kelahiran Tanjung Piandang Perak ini bermula dengan gerai penjualan burger dan sekarang mengembangkan perniagaan tersebut dengan membuka kilang pemprosesan daging burger. Hanya bermula sebagai seorang pemotong daging di sebuah pasar raya pada sekitar tahun 1970-an yang diragui status halal haramnya. Bermula dari situ timbul kesedaran timbul kesedaran untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal dan boleh dinikmati oleh setiap umat Islam tanpa ragu-ragu. Pada tahun 1980 beliau dengan beraninya memulakan perniagaan bersama isteri Shala Siah Abdul Manap dengan bermodalkan wang simpanan sebanyak RM2000 di Chow Kit dengan tahap keuntungan yang masih samar kerana berniaga di tempat asing. Pada ketika itu daging burger telah diproses secara manual menggunakan mesin pemprosesan daging manual yang dibeli menggunakan duit modal. Burger keluaran pertama mereka hanya dijual kepada rakan dan jiran di sekitar Kampung Baru menerusi gerai burger pertama di Jalan Haji Hussin,Chow Kit,Kuala Lumpur (Farhan, 2010).
            
Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau juga adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekali gus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting (Rashid, 2014).

CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

KEGAGALAN DAN HALANGAN MERUPAKAN SATU PILIHAN




1. KEWANGAN


Pada awalnya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni mengalami kekangan kewangan dalam memulakan perniagaan burgernya. Ketika itu dilaporkan bahawa beliau hanya mempunyai RM 2000 sebagai modal bagi permulaan perniagaannya. Oleh yang demikian, pelbagai usaha telah dilakukan antaranya beliau memohon pinjaman kewangan daripada badan-badan pinjaman kerajaan. Pinjaman pertama yang dilakukan ialah beliau telah mengambil keputusan untuk meminjam daripada MARA (Ramly Food Processing Sdn Bhd, 2010). Namun, harapan tidak menjadi kenyataan. Hal ini kerana perniagaan beliau iaitu perniagaan memproses dan menjual burger ini dianggap masih baru lagi pada ketika itu. Beliau juga dilihat masih belum mempunyai kredibiliti dalam membangunkan perniagaan tersebut. Walau bagaimanapun, Dato’ Haji Ramly bin Mokni tidak berputus asa. Beliau mencuba pula untuk memohon pinjaman kepada Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Akhirnya, percubaannya pada kali ini telah membuahkan hasil. Beliau berjaya memperoleh pinjaman tersebut.

2. DNA BABI


Pada suatu ketika dahulu, sebuah isu telah heboh diperkatakan oleh masyarakat mengenai terdapatnya DNA babi di dalam produk Burger Ramly. Isu ini tergempar setelah tersebarnya sebuah salinan surat dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mendakwa telah menemui DNA babi hasil kajian satu bahan daripada produk Burger Ramly berdekatan Daerah Yan.

Setelah tersebarnya berita ini, orang ramai mula keliru dan ragu-ragu terhadap produk Burger Ramly. Walau bagaimanapun, Dato’ Haji Ramly bin Mokni, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramly telah tampil dan memberikan keterangan mengenai isu ini. Pada 1 Disember 2011, beliau telah menghantar surat terbuka yang mengatakan bahawa isu ini hanya merupakan suatu fitnah yang dilakukan oleh suatu pihak bagi mensabotaj produknya. Tambahan beliau lagi, syarikat bagi produk Burger Ramly ini dimiliki sepenuhnya oleh keluarga beliau yang beragama islam, serta juga mempunyai seramai 1000 orang pekerja yang sememangnya mereka juga beragama islam (Ikhwan, 2012). Oleh yang demikian, sebagai seseorang yang beragama islam, beliau amat memberi penekanan dari segi aspek halal haram serta mempunyai jabatan dan jawatankuasa halal bagi mengenalpasti dan mengekalkan status halal produk yang diproses dan dikeluarkan.

 Menurut dakwaan beliau lagi, sebuah aduan telah dilakukan berikutan dengan penemuan kertas bungkusan bukan milik kepada produk Burger Ramly. Perkara ini dilihat sebagai satu tindakan yang dilakukan oleh orang lain dalam mensabotaj barangan beliau.

Tidak berapa lama kemudian, berikutan dengan isu DNA babi ini, Jabatan Kesihatan Daerah Kulim, Kedah telah menjalankan sebuah lagi ujian terhadap produk Burger Ramly (Ikhwan, 2012). Pada ujian kali ini, para pengkaji daripada jabatan tersebut mendapati dan mengesahkan bahawa sememangnya tiada DNA babi ditemui. Ini merupakan salah satu daripada bahan bukti yang kukuh untuk menyangkal cemuhan-cemuhan serta kutukan-kutukan orang ramai terhadap produk beliau. 

3. PENGHARAMAN DI SINGAPURA


Burger Ramly mudah untuk didapati di mana-mana pasar malam ataupun gerai-gerai di Malaysia Dalam erti kata lain Burger Ramly sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Namun, tidak pula di negara jiran yang paling dekat dengan Malaysia iaitu Singapura. Hal ini kerana kerajaan mereka telah mengharamkan daging dan ayam  daripada pengeluaran produk Burger Ramly dalam jangka waktu yang lama. Akibat daripada pengharaman ini, produk ini hanya dikenali sebagai pembungkus makanan di Singapura.

            Pada tahun 1979, produk Burger Ramly sememangnya telah pun berkembang dengan baik ke serata negara-negara jiran termasuklah Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia. Pasaran di negara-negara ini telah ditembusi oleh sebuah produk buatan tempatan yang mana menjadi kebanggaan masyarakat pada masa kini iaitu Burger Ramly. Perkembangan ini sangat memberangsangkan kecuali negara Singapura yang mana produk ini hanya dikenali sebagai pembungkus makanan, barang buatan seperti mayonis dan makanan sejuk beku seperti bebola ikan yang memasuki pasaran Singapura. Perkara ini terjadi adalah kerana di Singapura telah pun mempunyai pengusaha-pengusaha burger mereka sendiri seperti Sultan Burger, Tasty dan ada beberapa lagi. Sehubungan dengan itu, mereka seolah-seolah tidak ingin produk Burger Ramly bersaing bersama pengusaha burger mereka yang telah sedia ada.

4. SYARIKAT BUKAN BUMIPUTERA


Ramly Food Processing Sdn. Bhd. telah dituduh bahawa kepentingan syarikat ini telah dijual kepada syarikat bukan bumiputera. Walau bagaimanapun isu ini telah dinafikan dengan dijelaskan bahawa syarikat itu kekal di tangan pengasasnya iaitu  Dato’ Haji Ramli bin Mokni. Keterangan ini dibuat sendiri oleh Pengurus Kanan Pemasaran Ramli Mokni Sdn. Bhd, iaitu Siti Rahayu binti Ramly. Beliau yang merupakan generasi kedua kepada pengasas syarikat itu tampil ke hadapan untuk menangani isu ini setelah ianya tersebar luas melalui saluran internet. Dipetik kata-kata beliau daripada Arkib Utusan Malaysia, “saya tidak mengetahui mengenai perkara ini bahawa bagaimana isu ini boleh timbul dan apakah faktor-faktornya”. Tambahan beliau lagi, “satu lagi perkara yang ingin saya tekankan bahawa semua produk kami adalah semestinya halal dan mematuhi setiap aspek dan prosedur Syariah.

KESIMPULAN

Usahawan adalah individu yang mempunyai ciri-ciri istimewa yang dapat membezakan mereka dengan individu lain. Dato’ Haji Ramly Mokni merupakan contoh dan idola kepada semua anak-anak muda yang bercita-cita mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan. Seperti yang telah ditulis dalam folio ini, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni sebagai pemilik syarikat Ramly Food Processing Sdn. Bhd mempunyai ciri-ciri seorang usahawan  yang berjaya. Kecekalan dan ketabahan dalam mengharungi dunia perniagaan yang penuh persaingan, risiko dan cabaran membuktikan kewibawaan dan kehebatan Dato’ Haji Ramly Mokni. Beliau juga seorang usahawan yang mempunyai kreativiti dan mempelbagaikan perniagaannya kepada banyak cabang bagi mendapat keuntungan. Beliau juga merupakan seorang yang selalu membuat amal kerana pada setiap hari raya aidilfitri, beliau akan membuat jamuan rumah terbuka di rumah ibunya di Tanjung Piandang, Perak. Akhir kata, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni layak digelarkan sebagai lagenda dalam bidang pemprosesan makanan malahan menjadi nama nama besar dalam bidang keusahawanan yang merupakan bidang yang boleh membawa keuntungan yang lumayan.