Saturday 21 November 2015

KESIMPULAN

Usahawan adalah individu yang mempunyai ciri-ciri istimewa yang dapat membezakan mereka dengan individu lain. Dato’ Haji Ramly Mokni merupakan contoh dan idola kepada semua anak-anak muda yang bercita-cita mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan. Seperti yang telah ditulis dalam folio ini, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni sebagai pemilik syarikat Ramly Food Processing Sdn. Bhd mempunyai ciri-ciri seorang usahawan  yang berjaya. Kecekalan dan ketabahan dalam mengharungi dunia perniagaan yang penuh persaingan, risiko dan cabaran membuktikan kewibawaan dan kehebatan Dato’ Haji Ramly Mokni. Beliau juga seorang usahawan yang mempunyai kreativiti dan mempelbagaikan perniagaannya kepada banyak cabang bagi mendapat keuntungan. Beliau juga merupakan seorang yang selalu membuat amal kerana pada setiap hari raya aidilfitri, beliau akan membuat jamuan rumah terbuka di rumah ibunya di Tanjung Piandang, Perak. Akhir kata, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni layak digelarkan sebagai lagenda dalam bidang pemprosesan makanan malahan menjadi nama nama besar dalam bidang keusahawanan yang merupakan bidang yang boleh membawa keuntungan yang lumayan.

No comments:

Post a Comment