BUDAYA TERBUKA
Antara ciri yang
terdapat pada Haji Ramli Bin Mokni iaitu pengasas Burger Ramly Mokni Sdn. Bhd.
adalah mengamalkan budaya terbuka dalam perniagaanya. Amalan budaya terbuka
dapat dilihat sejak apabila Haji Ramli mahu memperkenalkan satu produk
berasaskan makanan sejuk beku yang halal. Hal ini kerana pada awal 70 an status makanan
halal dan haram tidak dapat dikenal pasti akibat kekurangan teknologi pada masa
itu. Perkara tersebut membuatkan beliau berkeinginan untuk menghasilkan
produk tersebut walaupun idea itu
mendapat kritikan daripada orang ramai. Pemikiran beliau yang terbuka terhadap
kejayaan perniagaan produk itu pada masa hadapan membuatkan beliau meneruskan
usaha pembuatan produk sejuk beku itu.
Amalan budaya terbuka amatlah penting untuk meneruskan kelangsunggan perniagaan di masa hadapan. Perkara ini dapat dilihat apabila Haji Ramli menerima rungutan dan kritikan daripada para pelanggan berkenaan produknya dan seterusnya beliau mencuba untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan menambahbaikan produk yang sedia ada. Melalui hal ini ia akan membuatkan pelanggan merasakan kehendak mereka dipenuhi dan didengari oleh syarikat lalu membuatkan kesetiaan mereka terhadap produk tersebut semakin meningkat. Selain itu, beliau juga akan segera untuk berjumpa dengan pelanggan apabila terdapat rungutan berkenaan produk yang dihasilkan oleh syarikatnya. Haji Ramli juga telah mementingkan penggunaan teknologi dalam penghasilan produk syarikatnya dan perkara tersebut menunjukkan beliau peka terhadap peranan teknologi dalam perniagaan pada zaman moden ini. Hal ini dapat dibuktikan apabila syarikatnya membuat pelaburan menjangkau RM15 juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Pembesaran kilang ini dan penggunaan teknologi yang lebih baik juga dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga 3 kali ganda. Di samping mempertingkatkan pengeluaran dan dalam pada waktu yang sama kualiti produk menjadi keutamaannya.

Penggunaan teknologi mesin dari awal proses hingga akhir dengan tenaga kerja yang berkemahiran dalam pengendalian mesin dijangka mampu memastikan matlamat syarikat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pelaburan yang begitu besar itu amatlah penting untuk kelangsunggan perniagaan pada masa hadapan. Penggunaan teknologi pada masa kini untuk penghasilan produk memperlihatkan beliau mengamalkan budaya terbuka dalam penggunaan teknologi.
Penubuhan jawatankuasa halal dalam organisasi perniagaannya dalam memastikan produk yang dihasilkan halal adalah salah satu daripada budaya terbuka yang diamalkan oleh Haji Ramli dan menunjukkan bahawa beliau seorang yang berpangdangan jauh dalam menjalankan perniagaan. Melalui penubuhan ini ia dapat menafikan sebarang unsur fitnah berkaitan status produk yang dihasilkan oleh syarikat. Perkara tersebut berlaku berikutan sebuah blog yang memaparkan salinan surat dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mendakwa jabatan berkenaan bagi Daerah Yan telah menemui DNA babi hasil kajian terhadap satu sampel produk Ramly Burger di sana dan hal ini dinafikan oleh Haji Ramli dengan menyatakan mereka menitikberatkan halal haram dan terdapat penubuhan jawatankuasa halal di syarikat tersebut. Selain itu juga Ramly burger telah mengeluarkan pek atau bungkusan baharu untuk yang berbentuk bantal untuk mengekalkan kualiti produk dagingnya. Di samping itu, pek ini dijadikan sebagai salah satu srategi untuk menarik minat pelanggan dengan bungkusan yang menarik dan perkara ini memperlihatkan budaya terbuka dan inovasi telah diamalkan dalam syarikat beliau.
No comments:
Post a Comment