Saturday 21 November 2015

CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

NILAI PROAKTIF

Usahawan perlulah bersikap proaktif dalam mencari dan menggunakan maklumbalas yang diperoleh sebagai satu untuk membaiki prestasi mereka (Wikipedia, 2010). Hasil dari maklumbalas yang diterima, usahawan boleh mengetahui kesilapan yang telah dilakukan dan turut juga mengetahui kehendak pengguna yang sebenar. Sebagai contohnya, pengasas Ramly Burger Dato’ Haji Ramly Bin Mokni telah memperkembangkan perniagaan ini dengan kehendak pengguna yang sebenar. Produk-produk Ramly seperti daging burger dan sosej ditanggung halal 100% untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Makmal mikrobiologi Ramly telah ditubuhkan bagi memastikan produk adalah suci dan selamat untuk dimakan pengguna. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang proaktif dalam memenuhi kehendak pelanggan.

Tambahan pula, seorang usahawan mestilah bersikap proaktif dalam merebut peluang perniagaan untuk memajukan perniagaan yang sedia ada. Usahawan perlu pandai menganalisis, merumus dan mengambil tindakan terhadap peluang yang ada kerana tidak akan melepaskan peluang yang boleh membawa keuntungan kepada organisasi. Usahawan yang mempunyai ciri ini dikatakan seorang yang unik kerana mereka mampu melihat masa depan yang lebih jauh daripada orang ramai terhadap peluang yang bakal diambilnya. Contoh usahawan Malaysia yang merebut peluang ialah Dato’ Haji Ramly Bin Mokni yang dapat merebut peluang dalam industri makanan. Beliau bermula perniagaan dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, Haji Ramli kini telah berjaya memperkembangkan perniagaannya ke tahap komersial.  Syarikat induknya iaitu Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikatnya iaitu Ramly Food Processing Sdn.Bhd, Ramly supermarket Sdn.Bhd, dan Ramly Mokni Bakeri Sdn.Bhd. Pada tahun 2008 pula, Ramly Food Processing Sdn.Bhd telah mengambil satu keputusan besar dengan membuat pelaburan menjangkau RM 15 juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Semua usaha ini menunjukkan Haji Ramly menggunakan segala peluang perniagaan dengan cekap dan pandai.

Usahawan juga harus mempunyai sikap proaktif dalam menyelesaikan masalah yang akan datang. Usahawan mungkin menghadapi sebarang kesulitan, keupayaan dan kesengsaraan terutamanya dari aspek pemasaran, pengeluran, pengurusan pekerja dan pengurusan kewangan. Jadi, usahawan akan menghadapi segala kepayaan dan kesulitan ini dengan tenang tanpa membantutkan usaha mereka untuk terus maju. Sebagai contohnya, isu besar yang dihadapi Haji Ramly adalah satu isu DNA babi di dalam produk Ramly Burger yang heboh diperkatakan pada masa dulu. Namun, perkara ini dapat diselesaikan oleh Haji Ramly dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramly selepas beberapa cabaran. Beliau mendakwa bahawa isu ini adalah satu fitnah untuk mensabotaj syarikatnya. Akhirnya, tindakan Haji Ramly ini menunjukkan beliau memang proaktif dalam menjelaskan masalah.

No comments:

Post a Comment