Saturday 21 November 2015

ABSTRAK

Pada awalnya, Dato’ Haji Ramly bin Mokni bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasaraya di Kuala Lumpur (Kirksidbiz, 2010). Pada ketika itu, kebanyakkan makanan sejuk beku sukar untuk dipastikan status halal haramnya. Melihat kepada keadaan tersebut, beliau mendapat idea untuk menghasilkan makanan sejuk beku yang halal untuk memenuhi permintaan masyarakat islam di Malaysia. Beliau seorang yang berpandangan jauh dan tidak mudah berputus asa walaupun ideanya diperlekehkan oleh sesetengah pihak dan pihak bank sukar untuk memberi pinjaman kerana tidak yakin akan produk beliau. Namun begitu, sokongan daripadan keluarga terutama iister beliau cukup memberi semangat kepada beliau untuk meneruskan idea ini.

Walaupun berdepan banyak cabaran dan halangan, beliau tetap fokus kepada perniagaannya sehingga berjaya mengembangkan perniagaannya daripadan mengeluarkan 300 keping daging burger sehari kepada 30 tan daging sehari. Antara produknya ialah daging burger ayam dan daging, nugget jejari, sosej dan banyak lagi. Produk Ramly masih menjadi produk terlaris dengan sumbangan sebanyak 50% kepada perniagaannya.

Bermula dengan pengeluaran secara kecil-kecilan, kini haji Ramly berjaya mengembangkan perniagaannya ke tahap komersial. Syarikatnya, Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikatnya iaitu Ramly Food Processing Sdn. Bhd, Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd, Ramly Supermarket Sdn. Bhd, dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd telah diberikan pengiktirafan sebanyak tga kali oleh Bank Pembangunan diatas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh mereka (Arkib Utusan Malaya, 2010). Pada tahun 2008 pula, Ramly Food Processing Sdn. Bhd telah mengambil satu keputusan besar dengan membuat pelaburan sebanyak RM15 juta bagi tujuan pembesaran kilangnya yang terletak di Taman Perindustrian IKS, Batu Cave, Kuala Lumpur. Melalui pembesaran ini dan penggunaan teknologi yang lebih maju, kilang ini dapat meningkatkan penghasilannya sehingga tiga kali ganda dengan kualiti yang sama standard.

No comments:

Post a Comment