BERANI MENGAMBIL RISIKO
Satu daripada ciri penting
keusahawanan ialah kesanggupan mengambil risiko. Banyak kajian mendapati
kecenderungan mengambil risiko adalah sebahagian daripada ciri keperibadian
usahawan berjaya. Ini selari hukum pelaburan bahawa paras pulangan berkait
rapat dengan tahap risiko. Bagaimanapun, kecenderungan mengambil risiko dalam
perniagaan hendaklah secara bijak dan terancang. Keberanian mengambil risiko
perlu diimbangi dengan pengetahuan dan kefahaman mengenai cara menilai dan
menangani risiko terbab (Mohamad Roslan, 2010).
Usahawan
yang berjaya tidak menjerumuskan diri mereka kepada sebarang risiko yang tidak
pasti. Oleh itu, seorang usahawan perlulah mengambil kira sebarang risiko yang
akan mereka hadapi untuk setiap pilihan yang mereka lakukan. Dengan mengambil
kira risiko yang mungkin akan mereka alami, seorang usahawan boleh melakukan sesuatu
untuk mengelak dari mengalami risiko tersebut atau setidaknya mengurangkan
kesan impak dari risiko tersebut.
Ramai
usahawan gagal kerana tidak nampak risiko yang mengancam perniagaan mereka
ketika membuat keputusan tertentu. Dalam perniagaan, setiap keputusan pasti
membabitkan soal kewangan. Usahawan hendaklah sentiasa ingat matlamat
perniagaan adalah untuk meningkat kekayaan dengan menambah nilai kepada modal
asal. Ini memerlukan keputusan dan tindakan yang tidak membawa kerugian
kewangan kepada perniagaan (Mohamad Roslan, 2010).
Dunia
perniagaan sentiasa berdepan dengan ketidaktentuan. Untuk menangani cabaran
ketidaktentuan ini, usahawan perlu membina kemampuan menganalisis semua aspek
perniagaannya dan menilai risiko yang mungkin dihadapi. Risiko wujud dalam
semua aspek perniagaan. Dari sudut perolehan bekalan umpamanya, usahawan kena
lihat apakah kesan risiko terputus bekalan atau harga bahan utama naik mendadak
atau bekalan tidak diterima dalam tempoh dikehendaki.
Semua
aspek lain seperti pengurusan kewangan, pemasaran, pengeluaran, pengurusan
sumber manusia semuanya mempunyai risiko masing-masing yang perlu difahami dan
dikenal pasti oleh usahawan. Mengetahui tahap dan kesan risiko dapat membantu
usahawan memikirkan langkah mengelak atau mengurangkan risiko. Ramai usahawan
menanggung padah kerana membuat keputusan perniagaan tanpa menilai kewujudan
risiko secukupnya. Sudah banyak berlaku kes usahawan berdepan masalah selepas
membuat keputusan pelaburan baru kerana tidak mengkaji dengan terperinci risiko
berkaitan keputusan itu.
Sifat
berani mengambil risiko ini boleh dilihat melalui usahawan tempatan ini iaitu
RamlyMokni nama yang tidak asing lagi dalam industri keusahawanan Malaysia
terutamanya industri pemakanan.Anak kelahiran Tanjung Piandang Perak ini
bermula dengan gerai penjualan burger dan sekarang mengembangkan perniagaan
tersebut dengan membuka kilang pemprosesan daging burger. Hanya bermula sebagai
seorang pemotong daging di sebuah pasar raya pada sekitar tahun 1970-an yang
diragui status halal haramnya. Bermula dari situ timbul kesedaran timbul
kesedaran untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal dan
boleh dinikmati oleh setiap umat Islam tanpa ragu-ragu. Pada tahun 1980 beliau
dengan beraninya memulakan perniagaan bersama isteri Shala Siah Abdul Manap
dengan bermodalkan wang simpanan sebanyak RM2000 di Chow Kit dengan tahap
keuntungan yang masih samar kerana berniaga di tempat asing. Pada ketika itu
daging burger telah diproses secara manual menggunakan mesin pemprosesan daging
manual yang dibeli menggunakan duit modal. Burger keluaran pertama mereka hanya
dijual kepada rakan dan jiran di sekitar Kampung Baru menerusi gerai burger
pertama di Jalan Haji Hussin,Chow Kit,Kuala Lumpur (Farhan, 2010).
Sifat
beliau ini jelas menunjukkan beliau juga adalah seorang yang bijak merebut
peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu,
beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh
masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya.
Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh
Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah
untuk memajukan perniagaannya. Sekali gus telah membuktikan peranan agensi
kerajaan adalah amat penting (Rashid, 2014).
Harrah's Cherokee Casino & Hotel - MapyRO
ReplyDeleteHarrah's 김포 출장샵 Cherokee Casino 시흥 출장안마 & 김포 출장샵 Hotel 사천 출장안마 Harrah's Cherokee Casino & Hotel Harrah's Cherokee Casino & Hotel Harrah's Cherokee Casino & 강원도 출장안마 Hotel